Isnin, 20 Februari 2012

Feb story

assalamualaikum semua. okey, nampaknya program OPKIM yang pada mulanya akan dilaksanakan di Kg Pulau Sri Menanti kini telah bertukar tempat di Kg Pelangai kuala pilah. alhamdulilah, apa yang boleh dikatakan kini.ini merupakan berkat daripada pertolongan dan sokongan dari rakan-rakan di dalam kelab Kaunseling Kolej UNITI. mudah-mudahan rakan-rakan yang berada didalam kelab tidak mudah patah semangat dengan setiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah jika kita Ikhlas lakukan sesuatu perkara Allah tidak akan sia-siakan usaha kita. Mungkin cepat atau lambat je. saya sangat memerlukan sokongan dan bimbingan daripada orang-orang yang banyak bepengalaman dalam mengerakkan atau menjalankan sesuatu program. kadang kala bersaing dengan kaum adam bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka memiliki pelbagai cara dan mereka kaedah bagaimana untuk memudahkan program yang mereka lakukan. kepada follow's zatty yusof. doakan lah kejayaan saya :)

Sabtu, 4 Februari 2012

mr ukulele !

assalamualaikum semua ! okey pagi ni update pasal UKULELE ! nie semua qamal firdaus punya pengaruh. tiba-tiba bagi idea suruh belajar benda alah nie sebab senang nanti kalau nak mengajar kanak-kanak guna muzik ! okey idea yang sangat terbaik sebenarnya ! kenapalah tak pernah terfikir nak belajar benda ni semua masa cuti sem yang lepas. ada hikmah kot kan. sokay, sekarang tengah gila mencari UKULELE yang bawah RM70. haha. bukan apa kalau beli mahal2 lepas tu letak tepi membazir duit mak Nyah oii ! haha. sebenarnya bagus idea dia ni, asyik puji lah pula. bukan apa, kanak-kanak suka pada hiburankan. apasalahnya aku terapkan cara mengajar dengan mengunakan gitar sambil bernyanyi dengan kanak-kanak.lagipun suara xdelah sedap sangat, kira boleh je kalau nak nyanyi dengan budak2, cukuplah dyorg jadi peminat aku nanti kan ! haha. okeylah, sekarang tengah tunggu si qamal update FB dia, nak tahu gak dia boleh x dapatkan ukulele tu untuk aku or tidak ! haha

Jumaat, 3 Februari 2012

reunion with my family from s'pore !

okey, firstlly ofcoz im happy because i can spend time together with my family ! tak disangka-sangka abang & kakak saya semakin menawan ! hihi. puji family sendiri ! so what, korang ado? jeles kan? haha. okey, dia stay dekat Grand Lexis Port Dickson , tempat yang aku sendiri tak sedar akan kewujudannya di bandar Port Dickson ni, nampak Port dickson ni macam tak ada apa-apa tapai kalau korang rajin mejelajah korang mesti akan jumpa macam-macam tempat yang menarik !sungguh aku tidak sangka tempat yang aku selalu ulang-alik tu ada satu tempat nama dia cowboy place ! sebelah je pun dengan marina hotel PD tu ! tapi tak pernah sekali telintas nak g makan dekat situ ! hahaha. teruknya lah diri inikan.agaknya sudah sebati dengan kedai makan pakcik ZIZAN ! dekat depan kolej tu kot ! haha. okey dekat sini ada sedikit tatapan pengikut-pengikut saya ! :)

back to collage !

okey dah masuk bulan 2 dekat kolej. asgmnt mcm biasa belambak-lambak. 11 feb ni ada program yang pertama kali dianjurkan oleh kelab kaunseling. ishh, rasa bedebar-debar lah pula. semoga Allah permudah & lancarkanlah urusan kami. aminn. hmm, bila dah banyak aktiviti otak pun senonenglah, apa tidaknya waktu siang sibuk dengan class bila malam sibuk dengan macam-macam perjumpaan, sampaikan budak rumah saya cakap "engko memang dah tak ada masa untuk kita orang bila waktu malam erk? " isshh, saya bukan sengaja. sudah menjadi tanggungjawab saya nak buat macam mana. 2 minggu berturut-turut saya asyik keluar malam jea. aisshh, tapi best juga sebab dapat mengisi masa lapang and terdapat pengalaman tersendiri bila menghadiri program-program macam ni :) sebenarnya berpesatuan kita boleh mengasah bakat yang ada dalam diri kita. macam penasihat kelab saya cakap kita boleh asah softskill kita, tidak semua orang mempunyai keupayaan untuk bercakap dihadapan orang ramai. itu antara salah satu, kelebihan kita kita bepesatuan. selain itu, kita dapat berjumpa dan berkenalan dengan ramai orang. kepada kawan-kawan yang diluar sana, jangan rasa terbeban dengan apa yang anda buat. wish me luck