Isnin, 2 Julai 2012

Perasaan yang susar untuk di fahami

assalamualaikum semua....

okey, tajuk lain macam lah pula kan . hohoho . nak buat macam mana dah aku pun mula rasa lain macam, hmm macam mana nak mula. okey bila kita pernah terluka semestinya kita tidak mahu untuk terluka untuk kali keDUA ! bila 5 bulan pertama menjadi single , time ni memang menyampah lah dengan lelaki yang yang datang dalam hidup dan bajet kasanova. hello guy, uols hengat aku tak tahu kau ada GF. Tolonglah, baru mesej dah nak panggil yunk, sayang. Memang sayang kau murah, baru 2 hari mesej dah boleh bersayang-sayang? nampak sangat anda tidak ikhlas ya ! bila lebih setahun single. jeng,jeng,jeng. aku happy lah pula, sebab tak perlu buang masa untuk dating ! hahaha. aku pun peliklah , banyak-banyak benda aku paling malas kalau nak keluar dengan lelaki kalau tak ada benda penting. serius beb, kalau nak keluar pun mesti ada yang teman atau ramai-ramai . Ibu aku cakap, maruah seorang gadis kene jaga, jangan suka-suka nak keluar dengan orang walaupun kawan lama. kadang-kadang rasa macam kolot, tapi bila fikir-fikir mungkin ada sesuatu yang lebih baik jika kita ikut sahaja kemahuan ibubapa kita. Tak salah kan kalau kita dengar apa yang mereka nasihat, mereka lebih dewasa dan lebih mengetahui segalanya :)

okey lah, nak layan cerita politik pula. byee :)

Jumaat, 29 Jun 2012

EURO 2012

okey, demam bola semakin melanda. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjebak dengan bola. Aku rasa semua ni berpunca daripada MD fakhrur razi bin mohamad yusof ! semestinya, adik lelaki aku sorang ni. Oleh kerana dia aku sokong germany. ouhh jerman, kau telah menambat hati ku dengan cara pemain-pemain bermain dengan daya keyakinan yang sangat tinggi dengan hebatnya kau mengalahkan team-team lain. Tetapi malam tadi kau telah menghampakan aku dengan corak permainan kau yang sambil lewa itu. agrhhh, stresss aku. aku harap Spain akan memulihkan hati aku kembali ! okey, macam kecewa dengan pakwe je kan. hahaha. okey lah, hope next EURO you'll be a winner ! :)


p/s : euro dapat mengeratkan hubungan sesama manusia :)

Isnin, 26 Mac 2012

Operasi khidmat masyarakat (OPKIM)

assalamualaikum semua ! okey, lama dah x update blog nie. banyak cerita yang nak di kongsi dekat sini. okey firstly, Alhamdulilah program OPKIM tu berjaya dan disamping itu juga banyak aktiviti yang kami jalankan selama 3 Hari 2 Malam tu. ada suka, sedih, teruja dan saat-saat yang mengentarkan hati seorang manusia.hari khamis 15 mac 2012 aku dah sampai Kg seri pandan dulu. Banyak perkara yang perlu diuruskan di sini. sebab tu kene datang awal. seawal pkl 8 pagi aku sudah berada di masjid kg pelangai. menanti ketibaan CEO kolej UNITI dan peserta-peserta OPKIM. sungguh teruja pabila melihat ketibaan peserta dari kolej UNITI. En amir menyerahkan pelajar kepada wakil-wakil orang kampung yang menyertai program anak angkat.


ini merupakan salah satu gambar yang aku dapat postkan masa ini. sebab banyak gambar di dalam facebook. kalau anda rajin sila-sila lah berkunjung facebook Majsid Kariah Pelangai. Banyak gambar sepanjang aktiviti kami di sama antaranya seperti mengacau dodol atau lebih enak di dengar penganan. haha. sape yang jarang-jarang dengar pasal penganan tu bertuahlah sebab dapat tahu dekat blogs i ni ! haha

Isnin, 20 Februari 2012

Feb story

assalamualaikum semua. okey, nampaknya program OPKIM yang pada mulanya akan dilaksanakan di Kg Pulau Sri Menanti kini telah bertukar tempat di Kg Pelangai kuala pilah. alhamdulilah, apa yang boleh dikatakan kini.ini merupakan berkat daripada pertolongan dan sokongan dari rakan-rakan di dalam kelab Kaunseling Kolej UNITI. mudah-mudahan rakan-rakan yang berada didalam kelab tidak mudah patah semangat dengan setiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah jika kita Ikhlas lakukan sesuatu perkara Allah tidak akan sia-siakan usaha kita. Mungkin cepat atau lambat je. saya sangat memerlukan sokongan dan bimbingan daripada orang-orang yang banyak bepengalaman dalam mengerakkan atau menjalankan sesuatu program. kadang kala bersaing dengan kaum adam bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka memiliki pelbagai cara dan mereka kaedah bagaimana untuk memudahkan program yang mereka lakukan. kepada follow's zatty yusof. doakan lah kejayaan saya :)

Sabtu, 4 Februari 2012

mr ukulele !

assalamualaikum semua ! okey pagi ni update pasal UKULELE ! nie semua qamal firdaus punya pengaruh. tiba-tiba bagi idea suruh belajar benda alah nie sebab senang nanti kalau nak mengajar kanak-kanak guna muzik ! okey idea yang sangat terbaik sebenarnya ! kenapalah tak pernah terfikir nak belajar benda ni semua masa cuti sem yang lepas. ada hikmah kot kan. sokay, sekarang tengah gila mencari UKULELE yang bawah RM70. haha. bukan apa kalau beli mahal2 lepas tu letak tepi membazir duit mak Nyah oii ! haha. sebenarnya bagus idea dia ni, asyik puji lah pula. bukan apa, kanak-kanak suka pada hiburankan. apasalahnya aku terapkan cara mengajar dengan mengunakan gitar sambil bernyanyi dengan kanak-kanak.lagipun suara xdelah sedap sangat, kira boleh je kalau nak nyanyi dengan budak2, cukuplah dyorg jadi peminat aku nanti kan ! haha. okeylah, sekarang tengah tunggu si qamal update FB dia, nak tahu gak dia boleh x dapatkan ukulele tu untuk aku or tidak ! haha

Jumaat, 3 Februari 2012

reunion with my family from s'pore !

okey, firstlly ofcoz im happy because i can spend time together with my family ! tak disangka-sangka abang & kakak saya semakin menawan ! hihi. puji family sendiri ! so what, korang ado? jeles kan? haha. okey, dia stay dekat Grand Lexis Port Dickson , tempat yang aku sendiri tak sedar akan kewujudannya di bandar Port Dickson ni, nampak Port dickson ni macam tak ada apa-apa tapai kalau korang rajin mejelajah korang mesti akan jumpa macam-macam tempat yang menarik !sungguh aku tidak sangka tempat yang aku selalu ulang-alik tu ada satu tempat nama dia cowboy place ! sebelah je pun dengan marina hotel PD tu ! tapi tak pernah sekali telintas nak g makan dekat situ ! hahaha. teruknya lah diri inikan.agaknya sudah sebati dengan kedai makan pakcik ZIZAN ! dekat depan kolej tu kot ! haha. okey dekat sini ada sedikit tatapan pengikut-pengikut saya ! :)

back to collage !

okey dah masuk bulan 2 dekat kolej. asgmnt mcm biasa belambak-lambak. 11 feb ni ada program yang pertama kali dianjurkan oleh kelab kaunseling. ishh, rasa bedebar-debar lah pula. semoga Allah permudah & lancarkanlah urusan kami. aminn. hmm, bila dah banyak aktiviti otak pun senonenglah, apa tidaknya waktu siang sibuk dengan class bila malam sibuk dengan macam-macam perjumpaan, sampaikan budak rumah saya cakap "engko memang dah tak ada masa untuk kita orang bila waktu malam erk? " isshh, saya bukan sengaja. sudah menjadi tanggungjawab saya nak buat macam mana. 2 minggu berturut-turut saya asyik keluar malam jea. aisshh, tapi best juga sebab dapat mengisi masa lapang and terdapat pengalaman tersendiri bila menghadiri program-program macam ni :) sebenarnya berpesatuan kita boleh mengasah bakat yang ada dalam diri kita. macam penasihat kelab saya cakap kita boleh asah softskill kita, tidak semua orang mempunyai keupayaan untuk bercakap dihadapan orang ramai. itu antara salah satu, kelebihan kita kita bepesatuan. selain itu, kita dapat berjumpa dan berkenalan dengan ramai orang. kepada kawan-kawan yang diluar sana, jangan rasa terbeban dengan apa yang anda buat. wish me luck